Followers

Wednesday, November 17, 2010

SuAtu KiSaH iNdaH



ibu ratu hatiku...
  

Di sudut ruangan menunggu, seorang wanita pertengahan umur kelihatan gelisah. Sudah beberapa jam dia kelihatan mundar mandir di setiap penjuru ruangan luar bilik pembedahan. Matanya tidak lepas melihat lampu bilik pembedahan. Lampu bilik pembedahan masih bernyala, tandanya suasana di dalam masih di saat-saat genting... doktor dan para jururawat masih bertungkus lumus di dalam demi menyelamatkan nyawa seorang lagi pesakit...

Seorang remaja lelaki comel yang mengidap barah otak  tahap akhir, peluangnya untuk meneruskan kehidupan lagi amat tipis namun demi ibunya, dia bertekad ingin menjalankan pembedahan dan meneruskan perjuangan hidupnya sehingga ke akhir hayatnya.
Dan..yang pastinya wanita tadi adalah ibu pesakit tersebut, seorang wanita yang tabah dan penyayang. Jauh di sudut hatinya, dia amat berharap dapat meluangkan lebih waktu untuk anak kesayangannya itu...namun apakan dayanya...Dia tidak putus-putus berdoa agar hajatnya akan dimakbulkan Tuhan, moga-moga anaknya selamat dalam pembedahan.

Tatkala lampu bilik pembedahan terpadam, hatinya berdebar-debar...jantungnya berdegup sangat kencang...apatah lagi apabila pintu bilik dibuka dengan perlahan. Kelihatan seorang doktor keluar dan si ibu meluru ke arah doktor...
“Doktor, bagaimana anak saya doktor? Anak saya selamat doktor?” si ibu menanya soalan yang bertubi-tubi namun tiada reaksi daripada doktor tersebut.
Si ibu bertanya lagi “Doktor, jawab saya doktor, anak saya doktor?”
Namun, si doktor dengan wajah tenang cuba mengumpulkan semua tenaga dan berterus terang dengan si ibu..
“Puan, saya minta maaf puan...saya dah cuba sedaya upaya puan...puan, banyak-banyaklah bersabar ya...anak puan telah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas pembedahan selesai dijalankan.”
Mungkin ini adalah takdir Tuhan...yang lebih menyayanginya,
Si ibu tidak tertahan-tahan terus menangis teresak-esak, meraung....anak kesayangannya sudah tiada...........Di dalam hatinya hancur dan berkata-kata
“mengapa..anakku tidak berdosa ya, Tuhan..kenapa Kau mengambilnya dariku”
“Dia adalah satu-satunya keluargaku...satu-satunya orang yang aku sangat sayangi di dunia ini”
“Mengapa? Di saat anakku menderita...di manakah Kau Tuhan...di manakah Kau di saat dia amat memerlukan pertolonganmu?”
“Di manakah Kau Tuhan....Kau telah berlaku tidak adil bagiku”

Si ibu masih lagi teresak-esak dan bertanya kepada doktor
“Doktor, bolehkah saya melihat anak saya buat kali terakhir?” Si doktor menggangguk tanda setuju, simpati terhadap si ibu...
Si ibu....melihat wajah anak lelakinya yang putih bersih...kelihatan amat tenang, seakan-akan anak kecil yang sedang tidur nyenyak dan tidak ingin dibangunkan oleh ibunya... Si ibu menatap wajahnya dengan sayu, memeluk dan mencium wajah anak kesayangannya buat kali terakhir... dan memberikan pesanan terakhir yang ikhlas dari hatinya....dia berbisik ke telinga anaknya
“Nak, pergilah nak....mama doakan agar perjalananmu selamat”

..................................................................................................................................................................

Setelah 1 minggu bersamaan tujuh hari anaknya selamat dikebumikan....
Setiap hari selama tempoh satu minggu tersebut, si ibu mengunjungi kubur anaknya dan duduk selama beberapa jam.... termenung mengenangkan kisah-kisah lalu, kisah suka dan duka bersama anaknya.
Dia merasakan yang hidupnya sangat kosong tanpa anak di sisi....tanpa gelak ketawa, gurau senda dan tangis.........
Hari ke-tujuh...........hari beransur petang....si ibu kelihatannya seperti tidak mahu meninggalkan perkarangan kubur. Dia ingin menemani anaknya bersama kenangan-kenangan lalu.
Namun, akhirnya dengan berat hati kakinya melangkah dengan perlahan-lahan. Perjalanan pulangnya pada ketika itu tiba-tiba terasa sangat sukar. Terasa hatinya sayu tiba-tiba.
Setibanya di rumah, si ibu terus ke bilik arwah anaknya.......mengemas bilik, buku-buku, mainan dan barang-barang kepunyaan arwah anaknya. Terlampau merindui anaknya, si ibu mengambil foto anaknya dan mendakapnya sambil menangis. Akhirnya si ibu terlena dengan foto anaknya di dadanya. Air matanya masih berbekas di pipinya...
Di tengah-tengah malam, si ibu terbangun dari tidurnya...mengesat baki air mata di pipi...
Tiba-tiba....
Di tapak tangannya, sampul berwarna biru. Si ibu berasa hairan....Seingat si ibu, arwah anaknya sangat menyukai warna biru...
Dengan perasaan yang tidak menentu, si ibu membuka sampul surat biru tersebut.......sekeping kertas putih yang tertulis tulisan tangan yang amat dikenalinya......
Coretan di kertas putih itu berbunyi,
Ibuku yang amat kusayangi, yang kukasihi
Aku tahu pada ketika ini ibu telah kehilanganku...
Ibu telah kehilangan anak ibu ini satu-satu...
Tetapi bu...ibu tetap pujaan hatiku dan aku tidak akan pernah melupakanmu
Aku akan sentiasa mengingatimu...
Di saat kita bersama-sama....ingatan itu tidak akan pernah luput,
tidak akan pernah pudar walau sedikit pun......
Ibu...sangat menangis bu..kesatlah air mata itu bu..
Kerana aku sangat terseksa melihatnya..
Ibu....
Biarpun aku tidak dapat meluahkan bahawa aku sangat menyayangimu....
Tapi ketahuilah ibu....
“Aku sayang padamu”
Ingatkanlah hati bahawa dirimu amat kusayangi
Ibu...jangan nangis ya bu....
Seandainya ibu berasa lemah dan tidak kuat bu
Mohonlah pada Allah Bapa bu...
Allah Bapa tidak akan pernah menghampakan orang yang dia sayangi
Dia sentiasa ada bu....
Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya
Ibu....biarpun kita berjauhan...akan tetapi ibu
Percayalah bahawa kita akan bertemu di suatu hari nanti...
Di hari yang sangat indah, kita kan bertemu kembali.......
                Ibu....jangan sedih ya bu...
                Aku sangat bahagia di sini
                Aku berada di tempat yang sangat indah pemandangannya
                Bu...aku berjumpa nenek dan datuk bu....
                Mereka sangat gembira menerima ketibaanku di sana...
                Mereka membawaku berjalan-jalan
                Menikmati keindahan
Ibu, aku berjumpa malaikat-malaikat
Mereka kelihatan gembira dan bahagia berterbangan di tempat ini
Biarpun aku tidak berkesempatan bertegur sapa dengan mereka
Aku merasakan yang aku diterima di sini
Ibu, ibu tau
Aku terlihat seseorang bu...
WajahNya tidak seperti yang kelihatan di gambar-gambar lukisan yang sering kita lihat
Tetapi bu,
Wajah yang amat bersinar, menyilaukan mata
Sejurus aku melihatnya, hatiku yakin bahawa itulah Yesus,
Anak domba Allah yang dikorbankan demi umat manusia
Dia membawaku berjumpa dengan Allah Bapa Yang Maha Penyayang lagi Pengasih....
Ibu, aku berkesempatan duduk di sisi Allah Bapa
Berbicara dan bercerita denganNya
Seolah-olah aku berasa sangat penting
Aku memberanikan diri bercerita denganNya
Bahawa aku sangat merindui ibu...dan
Aku teringin menulis sepucuk surat mengucapkan selamat tinggal
Dan pesanan terakhir untuk ibu....namun aku tau
Bahawa permintaan ku adalah mustahil dan tidak mungkin diizinkan

Tetapi kan bu,
Tanpa ku sangka, Allah Bapa memberiku sekeping kertas putih dan sebatang pensel milikNya
Untukku menulis surat ini kepada ibu..
Ibu, Allah Bapa juga memberikan pesan bahawa Dia akan
Menjawab segala pertanyaan yang ibu tujukan kepadaNya
“Di manakah Dia di saat aku memerlukanNya”
Ibu, Allah Bapa mengatakan
Dia sentiasa berada di sisiku sama seperti di saat dia berada di sisi puteraNya,
Yesus ketika dia disalibkan...
Dia sentiasa ada di sisiku bu, dan juga di sisi setiap orang yang Dia kasihi

Ibu, tiada seorang pun yang dapat membaca surat ini selain daripada ibu
Surat ini adalah khas untuk ibu dan...
Bagi orang lain, surat ini hanyalah sekeping kertas putih yang kosong dan lusuh
Hebat kan ibu....
Ibu...berat hatiku untuk mengatkan ini namun
Masa tidak mengizinkan bu...
Aku harus mengembalikan pensel Allah Bapa yang kupinjam....
Ibu...selamat tinggal
Ibu jagalah diri
Doakanlah aku di sini
Semoga kita berjumpa lagi
Aku sudah tidak sabar menunggu saat indah itu bu...






Daripada,
Anakmu yang tersayang









hasil NukilaN daripada saya sendiri...
plagiat dr gunawan (2010)
hahaha...mcm betul nii

No comments: